Monday, February 21, 2011

Maulidur Rasul - Kitab Berzanji

Assalamualaikum dan Salam Sejatera...
Pe khabar semua, sihat je kan, klu sakit2 tu rajinlah ke klinik, pada 15.2.2011 yg lalu kita telah menyambut Maulidur Rasul, sehingga kini kita telah dihidangkan dengan majlis ceramah agama berkenaan Maulidur Rasul dan Majlis bacaan memuji Rasulullah SAW iaitu berzanji. Sekadar untuk berkongsi bersama semua kitab berzanji, kitab ini boleh dibeli di kedai2 buku di seluruh negara, sedikit sebanyak mengenai pengarang dan kitab berzanji ini.

Terdapat beberapa buah kitab Maulid yang terkenal dan mula dikenali dirantau ini, antaranya Barzanji, Daiba’ie, Burdah, Simtud Durar dan adh-Dhiya al-Laami’.Antaranya lagi Maulid Azab, Syaraful Anam dll. Mungkin kita sekadar membaca kitab-kitab maulid tersebut tanpa mengenali siapakah pengarangnya. Bahan ini saya dapt dr blog al-Fanshuri tulisan al-Fadhil Ust Abu Muhammad di blog Bahrus Shofa. 

Kitab Maulid Barzanji – Merupakan yang paling terkenal, bahkan mungkin yang paling awal berkembang di Tanah Melayu. Sehingga kini Maulid Barzanji masih dikumandangkan terutamanya ketika Maulidur Rasul. Selain itu ia juga dibaca didalam majlis-majlis kenduri seperti kenduri aqiqah, kenduri kahwin, berkhatan dan sebagainya. Dibaca sebagai melahirkan rasa sukacita dan kegembiraan. Belajar membaca Maulid Barzanji ini juga dijadikan silibus sampingan oleh guru-guru al-Quran.

Antara nama lain bagi Maulid Barzanji adalah:
  1.  'Iqdul Jawhar fi Mawlidin Nabiyyil Azhar atau atau Jawahir 'Iqd atau 'Iqd al-Jawahir.
  2. al-Burud yubaiyinul Murad, 
  3. "Mawlid al-Barzanji" Gelaran yang paling masyur.
Maulid Barzanji ini telah disyarahkan oleh ramai ulama besar, antaranya: 
  1. Al-‘Allamah asy-Syaikh Nawawi al-Bantani yang diberi judul Madarijus Shu`ud ila Iktisa` al-Burud. 
  2. Asy-Syaikh 'Abdul Hamid bin Syaikh Muhammad 'Ali Kudus yang diberi judul Maulidin Nabiyi صلى الله عليه وآله وسلم 'ala nasijil Barzanji.
  3. Al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili al-Azhari yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy (1217H/1802M - 1299H/1882M) yang diberi judul al-Qawl al-Munji 'ala Mawlid al-Barzanji.
  4. Sayyid Ja'far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain (pernah menjawat sebagai Mufti Syafi’iyyah) yang diberi judul "al-Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar".
Maulid Barzanji di gubah oleh Mufti asy-Syafi’iyyah di Kota Madinah al-Munawwarah iaitu al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan bin Sayyid 'Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji

Biografi Beliau:

Beliau adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H. Segala usul Sayyid Ja'far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Selain menjawat sebagai Mufti beliau, Sayyid Ja’far al-Barzanji juga adalah merupakan khatib dan mengajar di masjid Nabawi.

Selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jum’atnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-

سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا 

فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا 

Dahulu al-Faruuq dengan al-'Abbas beristisqa` memohon hujan 
Dan kami dengan Ja'far pula beristisqa` memohon hujan 
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan 
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang 'arifin

Sayyid Ja'far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w...Allahu Akbar... Mengenai tarikh kewafatan beliau, telah berlaku perselisihan, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam "al-Mu'jam al-Mukhtash" menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.

Bertuah sungguh Sayyid Ja'far. Karangannya membawa umat islam ingatkan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, membawa umat islam kasihkan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, membawa umat islam rindukan Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja'far yang telah berjasa menyebarkan keharuman peribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu Akbar..

Setelah berikhtiar mencari didalam Internet akan isi kitab ini tidak berhasil. Saya mula putus asa sehinggalah tiba2 seorang hamba ALLAH telah menegurku dan menyuruh ku membeli di kedai buku diseluruh negara, demi agar Maulid Berzanji ini tidak pupus saya scan kitab tersebut dan uploadkan disini isi kitab Maulid Berzanji mengikut rawi, Bismillahirahmannirrahim.. saya izinkan semua untuk mengambil isi2 kitab ini... silakan..




































Sekian



































1 comment: